Sunday 23 August 2015

Ikhlas mencari Dia

Kini ,
aku mengerti sebenar2nya erti tsabat
mengapa Allah masih memilih kita
 di jalan ini
mungkin tanpa sedar,
 sebenarnya tersimpan keikhlasan diri dalam mencari dia
kerna Allah membatasi hati kita
sungguh berntung orang2 yang datang kepada Allah
dan menyucikan dirinya atas jalan dakwah dan tarbiah ini
kerna Allah redho dgn sikapnya
yang ingin benar2 menjadi hamba Allah
Allah melihat mujahadah kita.




Tuesday 16 June 2015

Masih jauh tabuk kita

Ketika seruan itu datang
menuntut diri untuk berkorban
kita dan jiwa-jiwa kita masih  lena
dibuai mimpi indah
hati masih berat
untuk membuat pilihan

Syurga..
hanya angan-angan
manis dikata
tapi
tidak dirasa didalam jiwa

andai syahid menuntut didepan mata 
belenggu dihati 
untuk memilih
dek kerna wahannya kita 

Tabuk itu,
para pejuang terdahulu
menangisi 
kerna merasa diri tidak berguna
hanya kerana keuzuran yang nyata,
buat mereka berundur
untuk tidak turut serta 
namun ,
keikhlasan mereka dikira 
walaupun darah tidak diperjuang
nyawa tidak melayang

amat berbeza dengan kita
andai kata syahid di ujung mata
belum tentu kita mampu menggapainya
kerna jiwa belum bersedia
hanya ''wahan'' terlihat nyata

Tuhan cerita apakah mahu kami ceritakan di dalam syurga 
andai tabuk ini masih jauh dari nyata.


(wahan= cintakan dunia takut mati)





Tuesday 9 June 2015

Daie yang tewas

Kata-kata akan terus menjadi kata-kata
jika amalmu tidak sesempurna kata-kata.

Daie yang berjiwa besar
tidak cukup hanya itu
jika qudwahmu tidak semantap apa yang kau kata
tewas kita dalam perjuangan
bukan kerana kata,
atau tidak pandai berkata-kata
tapi kerana kurang rabbaninya kita

kita tewas 
bukan kerana 
tidak mampunya kita memenangkan agama ini
tetapi
kerana kita kalah dalam perjuangan diri sendiri.

Malu mengaku daie
kerana dunia masih dalam hati
Allah tak sepenuhnya dihati
sukarnya untuk tajarrud
ketika dunia mengejar-ngejar kita
kita tewas
dek kerana ,telah matinya 
semangat jhad dalam hati 

lalu bagaimana
wahai daie jangan terus berdiam diri.
Masa untuk mengubah diri.
Amal kau diperhati..









Wednesday 3 June 2015

Allah know we are Struggle

Struggling
fighting
fall
wake up
fall again

struggling
with crying
Hope only for Allah
but
fall again

pain after pain
still struggle
Allah i am sick
i am cry

forgive me Allah
if i am give up
Allah bless me
see me
i am struggle to get your love

And at last
evaluate me
choose me in this path.
untill i met You

Monday 9 March 2015

Sahabat jangan berhenti


Lihatlah alam akan tetap bertasbih
tidak mengeluh lelah
tidak mengadu penat
namun
manusia sering merasa bosan
dengan apa yang Allah kurniakan

rasa mungkin akan hilang
masa akan terus berganti
hati mungkin akan berubah
tapi satu yang akan terus tetap
iaitu  dakwah ini
dakwah akan terus berjalan
tanpa henti
dan kemenangan islam iu pasti
namun dimana kita saat itu nanti
dan ingatlah
kita yang perlukan dakwah ini
untuk kita sampai ke syurga hakiki
Allah tidak perlukan kita untuk
memenangkan agama ini
namun
 kitalah yang perlukan Allah untuk sampai ke akhirnya nanti.

Doakan untuk kita sama2 tsabat
Jangan biarkan rasa membuat engkau berhenti 
di saat engkau sudah pun mengerti,
akan erti hidup ini..

Al mulk

Seluruh alam bertasbih memuji Allah
tanpa jemu dan lelah
seandaikan manusia dapat mendengar 
dan merasakan
sudah pasti mereka tertunduk malu 
kagum dengan alam ciptaanNya ini..

Subhanallah..
deruan angin yang menenangkan jiwa
air yang mengalir tenang,
kicauan burung itu seperti membisikkan sesuatu
pohon-pohon hijau yang subur
dengan daunannya
merekalah tentera Allah

namun mengapa manusia ingkar
dan terus bermaksiat tanpa rasa malu
seandainya manusia bisa mendengar tangisan alam ini
kesakitan yang mereka rasai 
sudah pasti manusia tidak sanggup bermaksiat 
di hadapan alam ini...

wahai tuhan ampunilah kami,
kerna belum mampu mempertahankan alam ini..
belum cukup kami bekerja untuk alam ini
mereka derita atas kezaliman manusia
yang angkuh sombong lagi mementingkan diri

Duhai alam
engkaulah saksi pada kami
atas amal perbuatan kami..
saksikanlah kemenangan islam suatu hari nanti.








Monday 23 February 2015

Sucinya dakwah ini

Dakwah ini suci..
Sesuci pengorbanan 
Rasulullah dan para sahabat
aku tahu..
dakwah ini tidak mungkin  mampu
dipegang oleh hati- hati yang kotor...
aku tahu..
dalam jalan ni,
Allah akan membersihkan jiwaku
Atau nanti,
dakwah ni akan bersih tanpa aku.

sukarnya menentukan perjalanan 
kerana pada akhirnya hanya jiwa-jiwa yang kholas
akan terus tsabat di atas jalan ini..
Sampai satu tahap,
Allah pasti akan menguji 
untuk membersihkan semula jiwa kita..
relakah kita 
untuk dibersihkan
atau mungkin terkandasnya kita
dalam perjalanan..
Kerna tidak mungkin kita mampu mempertahankan agama
yang suci ini bersama jiwa-jiwa kita yang kotor..

Saturday 21 February 2015

sampai jumpa di syurga..

Bila kata cinta
kita mahu ke syurga bersama-sama

mungkin,
angan kita sama 
ingin berjumpa lagi di sana

sukar untuk janji
tapi 
kalau kita tidak ketemu nanti
cari,
dan
tariklah aku
kembali..