Tuesday 16 June 2015

Masih jauh tabuk kita

Ketika seruan itu datang
menuntut diri untuk berkorban
kita dan jiwa-jiwa kita masih  lena
dibuai mimpi indah
hati masih berat
untuk membuat pilihan

Syurga..
hanya angan-angan
manis dikata
tapi
tidak dirasa didalam jiwa

andai syahid menuntut didepan mata 
belenggu dihati 
untuk memilih
dek kerna wahannya kita 

Tabuk itu,
para pejuang terdahulu
menangisi 
kerna merasa diri tidak berguna
hanya kerana keuzuran yang nyata,
buat mereka berundur
untuk tidak turut serta 
namun ,
keikhlasan mereka dikira 
walaupun darah tidak diperjuang
nyawa tidak melayang

amat berbeza dengan kita
andai kata syahid di ujung mata
belum tentu kita mampu menggapainya
kerna jiwa belum bersedia
hanya ''wahan'' terlihat nyata

Tuhan cerita apakah mahu kami ceritakan di dalam syurga 
andai tabuk ini masih jauh dari nyata.


(wahan= cintakan dunia takut mati)





No comments:

Post a Comment