Wednesday 29 October 2014

Rasa





Sepi,
kosong...
Bila jiwa hilang kebergantungan
hati mula rasa hilang pengharapan
mengapa
kesepian itu membuat aku hilang arah
terlarut dalam bayang-bayang
angan-angan yang hanya menyakitkan..

resah
rasa gelisah
bila Allah sudah hilangkan rasa
untuk merasai cintaNya
mungkinkah dosa ini
menghilangkan semua rasa
hati mula kering
layu longlai
makin aku mencintai dunia

mengapa kau pergi wahai rasa
kembalilah kepada aku seperti dulu...




Saturday 25 October 2014

Untuk dia..

Buat dia yang dirahmati Allah
Allah selalu menguji kita
Kadang- kadang dengan benda yang kita tak sangka
tapi, ingatlah ujian itu tanda sayangNya Dia  pada kita
Moga dengan ujian ini menambah rasa cinta kamu kepada Dia
Moga lebih dekat dengan Dia..

:')



# dari insan marhaen buat dia ...
# Hanya doa kukirim sebagai hadiah
# moga terus kuat n tsabat dalam d n t ..
              # moga Allah pimpin kita sama2 ke SyurgaNya 
                                         
 ~sanah helwah ukhti ~


Saturday 27 September 2014

kembalilah ..


Aku rindu engkau yang dulu
yang sering mengingatkan aku tentang Sang pencipta,
aku rindu waktu dulu kita bersama- sama
engkau yang dulu aku kagumi
Namun ..ke mana hatimu ketika ini?
mengapa engkau makin menjauh
walaupun sebenarnya engkau ada..
apa yang sedang engkau cari?
cinta manusia atau cinta illahi..
sampai saat ini ,aku tidak mengerti
apakah hatimu telah keras tersosok dosa
aku hanya bisa mendoakan moga kau kembali
moga disedarkan dari kelenaan dan keangauan dunia..
kembalilah seperti dulu
Allah masih sayangkan mu..
moga kembali menghidupkan hatimu untuk Allah :')

Friday 23 May 2014

Mengharap Syurga





Tuhan,Aku  berangan -angan ingin ke syurga
kerana syurga itu bahagia
Namun ..bila ku lihat diriku
Tidaklah sebenarnya aku layak...

Tuhan ,
aku datang kepadamu dengan dosaku menggunung tinggi
Namun rahmat-Mu terlalu melangit luas
betapa aku malu..
.dengan rahmat kasih dan sayangMu

Tuhan walau taubat sering kumungkiri
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Seringkali aku tergelincir dalam noda dunia
seringkali aku alpa..
Tuhan betapa malunya aku untuk meminta syurga ...

Tuhan
aku tahu betapa tak layaknya aku...
untuk meminta syurga ini darimu
namun ketahuilah jiwa ini amat takut dengan azabmu
wahai tuhan kasihanilah hambamu ini.


 :'(

Tuesday 6 May 2014

kita akan menemui Tuhan

Never give up untill you see Jannah




Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh
menuju Tuhanmu,
maka pasti kamu akan menemui-Nya.
Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah
 (menjalankan keadaan hidupmu)
 dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau)
 kembali kepada Tuhanmu,
 kemudian engkau tetap menemui balasan
atas apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).



(Inshiqaq: 6)













Friday 2 May 2014

''Keep calm..''




Melihat rintik-rintik hujan itu membuat hatiku begitu sayu..

''No words can describe that feel"
 That Amazing...
 Thank You Allah..Because You im live...

Dan kerana Tuhanmu maka bersabarlah’ [74:7]


Selalu ingatkan aku bahwa Hidup ini hanya sebentar..

Tuesday 4 February 2014

oh Bulan


Biarpun hanya dapat melihat dari jauh
Namun tetap terlihat sinaranmu
keindahanmu bagai meruntun jiwa ini
Biarpun awan menutupi 
kau tetap menyinari
biarpun malam pekat menyelaputi 
kau tetap teguh disitu
menyempurnakan malam bersama
kerlipan bintang2 bertaburan
betapa hebatnya ciptaan illahi
tiada yang dapat menandingi..
Namun,
tidakkah manusia mahu memikirkannya?
Dan Dialah yg menjdikan malam dan siang silih berganti 
untuk sesiapa yg mahu memikirkan
dan bersyukur akan nikmat-nikmat itu
Al furqan :62

***

Lihatlah dia..
sang bulan,
Dimana pun kita berada 
kita pasti melihat bulan yang sama.

*sambil tersenyum :)
















Wednesday 8 January 2014

fI hifzillah...







"Allah jagakan dia''.....
  Dan teguhkan dia di jalan ini....


#uhibbukifillah#