Monday 23 February 2015

Sucinya dakwah ini

Dakwah ini suci..
Sesuci pengorbanan 
Rasulullah dan para sahabat
aku tahu..
dakwah ini tidak mungkin  mampu
dipegang oleh hati- hati yang kotor...
aku tahu..
dalam jalan ni,
Allah akan membersihkan jiwaku
Atau nanti,
dakwah ni akan bersih tanpa aku.

sukarnya menentukan perjalanan 
kerana pada akhirnya hanya jiwa-jiwa yang kholas
akan terus tsabat di atas jalan ini..
Sampai satu tahap,
Allah pasti akan menguji 
untuk membersihkan semula jiwa kita..
relakah kita 
untuk dibersihkan
atau mungkin terkandasnya kita
dalam perjalanan..
Kerna tidak mungkin kita mampu mempertahankan agama
yang suci ini bersama jiwa-jiwa kita yang kotor..

Saturday 21 February 2015

sampai jumpa di syurga..

Bila kata cinta
kita mahu ke syurga bersama-sama

mungkin,
angan kita sama 
ingin berjumpa lagi di sana

sukar untuk janji
tapi 
kalau kita tidak ketemu nanti
cari,
dan
tariklah aku
kembali..