Tuesday 9 June 2015

Daie yang tewas

Kata-kata akan terus menjadi kata-kata
jika amalmu tidak sesempurna kata-kata.

Daie yang berjiwa besar
tidak cukup hanya itu
jika qudwahmu tidak semantap apa yang kau kata
tewas kita dalam perjuangan
bukan kerana kata,
atau tidak pandai berkata-kata
tapi kerana kurang rabbaninya kita

kita tewas 
bukan kerana 
tidak mampunya kita memenangkan agama ini
tetapi
kerana kita kalah dalam perjuangan diri sendiri.

Malu mengaku daie
kerana dunia masih dalam hati
Allah tak sepenuhnya dihati
sukarnya untuk tajarrud
ketika dunia mengejar-ngejar kita
kita tewas
dek kerana ,telah matinya 
semangat jhad dalam hati 

lalu bagaimana
wahai daie jangan terus berdiam diri.
Masa untuk mengubah diri.
Amal kau diperhati..









No comments:

Post a Comment