Friday 28 December 2012

Mafi qalbi ghairullah


Cinta teragung itu memang sukar
untuk didescribekan
bagaimana ia  datang menyentuh hatiku
dan akhirnya
menjadi penyuluh jiwa yang gelisah
dengan memberi secebis harapan
serta nikmatnya ketenangan...

Jahil dan hinanya diri ini saat belum mengenaliMu
tetapi manisnya terasa saat Engkau mengizinkan aku mencintaiMu
sesungguhnya aku hanya manusia biasa ya Allah
yang tak mungkin lepas dari dosa
mungkin bisa aku katakan cintaku tulus padaMu
namun aku masih tewas dengan jahiliahku
AmpuniKu ya Allah 
atas semua kejahilan ini
 aku hanya mahukan Engkau di hatiku
kerana Kaulah cinta Teragungku




*Tiada cinta yang lagi hebat dari cinta Allah kepada hambanya..

::Luahan rasa::

Monday 22 October 2012

Kembali Kepada Tuhan

Jika engkau belum mempunyai ilmu, hanyalah prasangka,
maka milikilah prasangka yang baik tentang Tuhan.Begitulah caranya!
Jika engkau hanya mampu merangkak,
maka merangkaklah kepadaNya!Jika engkau belum mampu berdoa dengan khusyuk,
maka tetaplah persembahkan doamu yang kering, munafik dan tanpa keyakinan;
kerana Tuhan, dengan rahmatNya
akan tetap menerima mata wang palsumu!

Jika engkau masih mempunyai seratus keraguan mengenai Tuhan,





Wahai pejalan!
Biarpun telah seratus kali engkau ingkar janji,
ayuhlah datang, dan datanglah lagi!Kerana Tuhan telah berfirman:
“Ketika engkau melambung ke angkasa
ataupun terpuruk ke dalam jurang,
ingatlah kepadaKu, kerana Akulah jalan itu.”

Puisi Sufi oleh Hazrat Maulana Jalauddin Rumi……